permulaan yang diberkati

Assalamulaikum…

Alhamdulillah Allah memberikan kehidupan buat kita, untuk teruskan bernafas. segala nikmat yang diberikan oleh Allah. nikmat hidayah yang meletakkan kita diatas jalannya.
segala puji bagi Allah juga yang memberikan ilham kepada kita untuk melakukan amal kebaikan, kerana tanpa ilham dan taufiq daripada Allah nescaya tidak kita dapat lakukan.

seorang mukmin, mereka tidak merasa selesa dengan pencapaian yang mereka ada. mereka sentiasa mahu improve dan melakukan yang terbaik. didalam pelajaran kita juga begitu, sekiranya kita dapat 2.5 kita nak up ke 3.0 ke 3.5 dan sebagainya. begitu juga dengan manusia yang beriman, mereka tidak akan berpuas hati dengan pencapaian mereka.mereka sentiasa mahukan yang lebih dan lebih untuk melakukan kebaikan.

dengan itu , mereka akan mempertingkatkan pengurusan mereka. agar tiada suatu kebaikan pun yang akan terlepas daripada mereka. mereka tidak mahu terlepas dalam ibadah mereka. ketika masuk waktu dhuha mereka tidak berlengah-lengah lagi, terus mengerjakan. sentiasa membekalkan poket dengan sejumlah wang, agar sentiasa dapat bersedekah. mereka menyusun temujanji mereka agar tidak ada majlis ilmu yang akan berlaku, tanpa dia mendapat kemasukannya. namun yang paling penting, mereka akan menguruskan hati mereka, agar sentiasa dinamik dan peka dengan kemaksiatan dan kebaikan. kemaksiatan akan ditinggalkan , dan kebaikan dilakukan. hati yang bersih dan peka akan sentiasa bersiap sedia untuk melakukan kebaikan. tanda-tanda mereka ini dapat dilihat melalui beberapa perkara yang mereka selalu kerjakan ;
solat secara berjemaah,
sentiasa siap untuk tugasan yang mendapat,
sentiasa memberikan bantuan kewangan sekiranya memerlukan,
sentiasa disiplin dalam menghadiri liqa.
menggunakan setiap potensi yang ada , keahlian dan bakat untuk menunaikan kewajiban ummat.
dan mereka tidak mengikuti jejak-jejak mereka yang malas.

Semoga segala sesuatu yang bermula dengan kebaikan akan diakhiri dengan kebaikan.

sg.chin chin

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: