mula dari yang terakhir

Kita seharusnya mengetahui apa yang kita mahukan dalam hidup ini.
sebagaimana Allah sentiasa memberikan galakan kepada kita untuk mencapai syurgaNya.
kita perlu memberikan dorongan dan galakan kepada diri kita untuk mengejar target yang kita mahukan.
mula daripada yang terakhir. itulah konsepnya.
bermula dengan target dan matlamat yang kita ingin capai, kita mula menapakkan kaki dan melangkah.
jika kita sudah meletakkan syurga menjadi target utama kita, apa lagi, mulakan langkah menuju syurga.
beramal dengan amalan yang sunat, yang wajib apatah lagi, qiammulail serta sedekah. beramal itu adah sesuatu yang pasti bagi mereka yang mempunyai target. bukan tawakal buta sahaja. berangan-angan namun tidak disertakan dengan perbuatan.

muhasabah lagi ketika dalam perjalanan, kemungkinan perniagaan kita rugi dek dosa kita, apa yang lagi yang mampu men’cover’ kerugian melainkan kita bertaubat kepada Allah.. dan disamping itu menambahkan lagi syer kebaikan.
namun kadang-kadang manusia terlalu menunggu kesempurnaan sebelum melakukan sesuatu. menunggu tahun baru, menunggu hari lahir, sem baru, baru mereka mahu melakukan muhasabah dan memulakan momentum. padahal umur setiap detik itu, semakin berjalan. tik tik tik.. semakin menua kita, semakin menghampiri kematian..

peribadi-peribadi seperti abu bakar, umar al-khattab, dan umar abdul aziz memerintah dan hidup bukan waktu yang lama namun banyak sumbangan yang telah dilakukan. Hassan Al-Banna, mendapat kesyahidan pada usia yang muda.. yes life begin at 40! kerana ketika umur 40an dia mendapat kehidupan baru disisi tuhannya dan diberikan rezeki dan nikmat yang tidak terhingga..

semoga kita dimudahkan untuk melakukan amal kebaikan didalam usia kita.

leilyusof

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: