harus tegar

malam ini terasa dingin…
tambahan ada hujan merintik rancak..
serancak rintikan air mataku..

hati aku menangis.
namun langkah ku tetap teguh..
masakan yang mengaku pejuang tidak akan diuji..

andai benar pengakuan mu,
justeru jangan engkau menangis lagi..
kamu perlu tegar..
setegar sang matahari..

naily

aku akan memulainya..

semoga Allah akan memberkati pekerjaan aku yang satu ini, salah satu sebagai tanda kesyukuranku kepadaNya..

setiap kita mempunyai potensi masing-masing yang tidak pernah habis diterokai..
dulu aku terfikir.. apa ya kelebihan atau potensi yang aku punya..? ternyata tidak ada sahutan jawaban dalam diri.. adakah kerana aku tidak punya potensi..? kini aku temui jawabannya.. kerana Allah mahu aku punya segalanya…
insyaAllah.. aku akan pencarian mengali mutiara dalam diri..
dan pasti akan temui banyak sekali mutiara.. kerana Allah Maha Besar dan pasti akan banyak sekali diberikan kepadaku.

menunduklah..

menunduklah..
kerna engkau tidak punya apa-apa,
melainkan Allah yang menjadikan engkau sesiapa,
menunduklah ,
kerana engkau bukan teman iblis,
yang begitu akur dan sombong,
padahal yang menyuruh adalah Allah.

menunduklah,
jangan meninggi, kerana engkau dari air mani yang hina,
menunduklah..
kerana kemulian dan ketinggian itu dari Allah..

leilyusof

mula dari yang terakhir

Kita seharusnya mengetahui apa yang kita mahukan dalam hidup ini.
sebagaimana Allah sentiasa memberikan galakan kepada kita untuk mencapai syurgaNya.
kita perlu memberikan dorongan dan galakan kepada diri kita untuk mengejar target yang kita mahukan.
mula daripada yang terakhir. itulah konsepnya.
bermula dengan target dan matlamat yang kita ingin capai, kita mula menapakkan kaki dan melangkah.
jika kita sudah meletakkan syurga menjadi target utama kita, apa lagi, mulakan langkah menuju syurga.
beramal dengan amalan yang sunat, yang wajib apatah lagi, qiammulail serta sedekah. beramal itu adah sesuatu yang pasti bagi mereka yang mempunyai target. bukan tawakal buta sahaja. berangan-angan namun tidak disertakan dengan perbuatan.

muhasabah lagi ketika dalam perjalanan, kemungkinan perniagaan kita rugi dek dosa kita, apa yang lagi yang mampu men’cover’ kerugian melainkan kita bertaubat kepada Allah.. dan disamping itu menambahkan lagi syer kebaikan.
namun kadang-kadang manusia terlalu menunggu kesempurnaan sebelum melakukan sesuatu. menunggu tahun baru, menunggu hari lahir, sem baru, baru mereka mahu melakukan muhasabah dan memulakan momentum. padahal umur setiap detik itu, semakin berjalan. tik tik tik.. semakin menua kita, semakin menghampiri kematian..

peribadi-peribadi seperti abu bakar, umar al-khattab, dan umar abdul aziz memerintah dan hidup bukan waktu yang lama namun banyak sumbangan yang telah dilakukan. Hassan Al-Banna, mendapat kesyahidan pada usia yang muda.. yes life begin at 40! kerana ketika umur 40an dia mendapat kehidupan baru disisi tuhannya dan diberikan rezeki dan nikmat yang tidak terhingga..

semoga kita dimudahkan untuk melakukan amal kebaikan didalam usia kita.

leilyusof

we need Allah

berubah

kadang-kadang kita terlalu banyak memberikan alasan yang menyekat pergerakan kita perubahan kita kearah lebih baik.
kita banyak memikirkan persoalan diri berbanding persoalan ummat, saya mahu itu dan saya mahu ini. namun apakah yang telah saya berikan kepada umat.
orang terdahulu sebelum kita, mereka memikirkan masalah umat sehingga kering air mata mereka. membawakan solusi-solusi, namun kita masih berfikirkan persoalan remeh.
ayuh kita bangkit kembali, kita putarkan kembali sejarah kita, sejarah kegemilangan, bukan hanya berangan-angan dengan sejarah namun, kita adalah sejarah itu.
mari kita menjadi orang yang berjiwa besar yang tidak pernah kenal akan keletihan, kerana masa tidur telah berlalu.
‘mari kita hentikan zaman berkata-kata, sekarang zaman untuk kita beramal’.

pilihan

Ketika kita diberikan didua pilihan , dan selalunya pastilah memilih diantara yang baik dengan yang buruk, yang baik dengan lebih baik, dan yang baik dengan yang terbaik. namun disebaliknya adalah pemilihan syurga atau pun neraka, pemilihan tingkatan-tingkatan yang ada didalam syurga….

pilihlah yang syurga tertinggi dalam doa kita, yang lebih penting dalam amalan kita…

Tunaikan Hak Allah

Banyak yang tak berapa kena semenjak dua ni. perlu duduk dan muhasabah diri, mungkin ada yang tercicir, mungkin ada haq yang tidak tertunaikan, mungkin ada amanah yang tidak sempurna.. bangkit kembali! kekuatan itu hanya dari Allah. pertolongan jua dariNya.Mahu terus hidup , dan berlari segar dijalan dakwah.

A: ‘sehari dua ni semua tak kene…’

B : ‘mungkin ada la tu yang belum settle…’

A : Erm…(Berfikir)

naily

perindu syurga

trilogi ibnu qayyim :

jangan pernah putus asa untuk teguh menunggui gerbang meskipun engkau terusir. jangan pernah berhenti untuk memohon ampun meski engkau tertolak. begitu gerbang telah terbuka,segera masuklah selayaknya seorang tamu tidak diundang. kemudian tengadahkan tanganmu di gerbang dan segeralah berkata, “tolonglah, saya adalah seorang miskin, bersedekahlah untuk saya…!”

saudaraku , bacalah kata-kata diatas sekali lagi dan selamilah betul-betul maknanya. ketahuilah, lautan ini amat dalam, dan mutiaranya terletak di dasar paling dalam.. hati yang tunduk dan khusyuk dihadapan Allah adalah hati yang paling mulia.. individu dengan hati yang baik akan menghasilkan amalan yang baik. amalan yang akan mengembirakan Rabbnya,dan yang akan memberikan manfaat kepada manusia.

hati yang bersih daripada cinta dunia , riya dan mahukan kedudukan adalah hati yang akan berjumpa dengan Tuhannya dalam keadaan sejahtera.. dengan menjauhi maksiat dan cuba untuk bermujahadah dengan nafsu sendiri.. hati yang bersih dan sihat adalah hati yang sentiasa mencari oportunity untuk kebaikan, cepat dalam menghulurkan bantuan dalam keadaan mendesak, senang dengan mengeluarkan infaq, akan cepat menyahut sahutan Rabbnya untuk solat.

marilah bersama menuju hati bersih dengan istigfar beserta taubat….

astargfirullah…
-pencinta_syahid-

tidak takut dan lemah dengan cacian manusia